Categories: Trending

Permudah Proses Ibadah Umat Islam Sepanjang Syawal, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Memang Best!

Setelah dua tahun tidak meraikan kedatangan Syawal, pastinya sambutan kali ini dimeriahkan dengan sesi kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara serta rakan taulan.

Namun begitu, kedatangan Hari Raya Aidilfitri pastinya membuatkan ada di antara kita yang bimbang dan ingin mengetahui waktu solat yang tepat ketika sibuk melakukan aktiviti Syawal yang sudah dua tahun dilupakan.

Jangan risau! Aplikasi Waktu Solat Malaysia ada untuk membantu bagi memudahkan proses ibadah anda!

Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat, lengkap dengan kalendar Hijrah dan Gregorian serta ia mempunyai banyak fungsi menarik untuk memudahkan semua melaksanakan ibadah seharian.

Menerusi aplikasi mesra pengguna ini, anda boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid dan Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat serta kandungan Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mempunyai keistimewaan sendiri menerusin kompas digital magnetik untuk memudahkan pengguna mencari arah kiblat dengan tetapan getaran (vibrate) apabila telefon bimbit menghala ke arah yang tepat.

Malah, ia turut didatangkan dengan fungsi pengesan lokasi automatik untuk memastikan ketepatan arah kiblat setiap kali pengguna berada di lokasi yang berlainan.

Untuk pengetahuan anda, kandungan dan informasi dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia ini diperolehi daripada sumber E-Solat JAKIM.

Memandangkan Hari Raya masih belum tamat, apa kata anda gunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan untuk mengerjakan ibadah di mana sahaja anda berada!

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google PlayHuawei AppGallery dan App Store.

Padin