Categories: HiburanSelebriti

Keanu Reeves Makin Tua Makin Menjadi

Sejak akhir-akhir ini, produser filem suka mengambil Keanu Reeves untuk menjadi pelakon utama di dalam filem mereka (siapa ingat lagak aksi Keanu dalam filem John Wick? So bad ass!!) dan baru-baru ini ura-ura yang mengatakan bahawa penggambaran sekuel ke 4 The Matrix disahkan menjadi kenyataan! The Matrix lakonan Keanu Reeves, Laurence Fishburne dan Carrie-Anne Moss yang pertama di tayangkan pada tahun 1999, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions pada tahun 2003. Filem sci-fi ini telah mencapai box office dan melonjakkan nama Keanu Reeves sebagai salah seorang pelakon ternama di Hollywood dan filem ini juga telah memenangi 4 Academy Awards.

 

Watak utama Keanu Reeves sebagai Neo dan Carrie-Ann Moss sebagai Trinity dikekalkan dalam sekuel The Matrix yang ke-4

 

Carrie-Ann Moss sebagai Trinity

Filem sekuel ke-4 ini dijangka akan dimulakan produksi pada tahun 2020 dengan watak Keanu Reeves sebagai Neo dan Carrie-Ann Moss sebagai Trinity dikekalkan. Sesetengah watak mungkin akan ditukar kepada pelakon-pelakon yang lebih muda untuk memberi ‘nafas baru’ kepada filem The Matrix terbaru ini. Apa-apapun tak sabar rasanya menunggu filem ini ditayangkan dan harap-harap ia lebih terkesan di jiwa dan lebih hebat dari sekuel ke-2 dan ke-3 the Matrix yang pada saya adalah sedikit membosankan. 

Del14