Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Bukan saja cemburu buta, malah diugut disimbah asid ke muka pula.

Perkara itu didedahkan, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy mengenai seorang individu dipercayai wanita mengugut mahu menyimbah asid di mukanya.

Ugutan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu wanita itu susulan teman lelakinya kerap meninggalkan komen di Instagram Lizzy.

“Saya akan buat laporan polis sebab situasi ini berkaitan keselamatan diri dan sudah melampaui batas.

“Peliklah! Kenapa dia cemburu sangat padahal teman lelakinya cuma komen biasa-biasa sebagai peminat, bukan komen menggatal pun,” katanya.

Lizzy akui wanita itu juga kerap mewujudkan akaun IG palsu dan selalu mengganggu pengurusnya.

Sebelum inj, Lizzy pernah membuat perkongsian mengenai situasi berbaur ugutan dialami itu menerusi IG miliknya.

“Ada seorang peminat selalu komen di Instagram…itu normal! Masalahnya teman wanita dia psiko. Dia mesej pengurus saya sekiranya dia ada skandal dengan teman lelakinya.

“Dia minta pengurus saya sekat akaun teman lelakinya dan pengurus saya pun sekat. Selepas itu, dia tanya lagi kalau sudah sekat, kenapa teman lelaki dia masih boleh komen di Instagram Lizzy? Tak masuk akal!” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan nyata masih tidak berpuas hati sehingga sanggup mengugut mahu cederakan Lizzy.

“Dia juga meminta pengurus saya menyuruh saya turut sekat akaun teman lelakinya. Kalau tak, dia akan simbah asid di muka saya,” katanya.

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri