Hiburan By: Khairil Khusyairi October 28, 2023 @ 4:30pm

Kecoh Adegan S*ks Bocor, Pengarah Filem Bakal Ambil Tindakan… Tak Tolak Ada Unsur Sabotaj!

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah klip rakaman video yang memaparkan adegan seks sebuah filem tempatan tular di beberapa platform internet.

Menerusi video berdurasi lebih 1 minit itu, babak panas itu mempamerkan seorang pelakon wanita dan lelaki sedang melakukan aksi yang mengghairahkan.

Difahamkan, klip rakaman video pendek tersebut adalah merupakan sebahagian babak dalam filem Mar Rak arahan pengarah, Datuk T.S Jeffry, 54.

Lebih mengejutkan, klip rakaman tersebut turut dimuat naik di platform YouTube, Instagram dan juga TikTok.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengarahnya, T.S Jeffry berkata berkemungkinan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab merancang untuk mensabotaj filem tersebut.

“Perkara ini akan disiasat, saya tak tahu menahu tentang penularan babak berkenaan di media sosial.

“Kami akan ambil tindakan kalau perkara ini menjejaskan tayangan.

“Filem ini memenuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mendapat kelulusan tayangan. Jadi saya tak menolak ada unsur sabotaj di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon meningkat naik, Kael atau nama sebenarnya, Michael Lean Chien Er, 34, yang dipercayai terlibat dalam menjayakan babak berkenaan enggan mengulas panjang berkaitan penularan video tersebut.

“Pihak produksi akan menyiasat perkara ini. Sebagai pelakon, kami diminta untuk tidak mengulas panjang agar tidak menggangu proses siasatan,” jawabnya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Aug 2023

Kad kahwin Noh Salleh & Tunang Tular, Bakal Nikah 23 September Ini

Tahniah Noh & Pasangan. Tak lama dah lagi tu.💖💖💖

Featured Thu, 20 Jul 2023
Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Being Compared to Kaer Intimidates Megat Mentor 7

Hoping for the best in his singing!

Trending Wed, 1 May 2019

Ustaz Hassan Din Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Betty Rahmad Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Betty dan Ardy!