Categories: Hiburan

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia sudah bersedia untuk menerima kecaman netizen berhubung babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video yang baru di lancar bertajuk Pujaan Hati

Dia mengatakan yang dia sudah memaklumkan hal itu terlebih dahulu kepada suaminya, Datuk Red dan babak bersentuhan itu dilakonkan demi menjayakan jalan cerita.

“Sebelum penggambaran muzik video ini saya sudah maklumkan kepada suami dan dia tak bising. Saya tidak kisah sekiranya babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video Pujaan Hati ini dikecam netizen. Saya sudah bersedia!

“Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi saya hanya mengikut kehendak skrip. Itu antara saya dan Tuhan.

“Sebelum shooting pun saya sedia maklum akan babak itu jadi saya tidak letakkan sebarang syarat. Babak itu untuk menampakkan jalan cerita lagi real,”

Muzik Video Pujaan Hati adalah OST untuk drama slot Akasia TV3 – Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah 

SGMS Enal