Categories: HiburanSelebriti

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Datuk Haniff Borhan telah menghadiahkannya seekor kuda baka Argentina buat bakal suri hatinya Elvina

Kata Haniff, haiwan itu sekadar pemberian untuk pelakon drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya kelak.

“Saya mahu dia masuk ke ‘dunia’ saya iaitu sukan polo dan sukan permotoran jadi saya hadiakan dia seekor kuda. Malah saya ada mengajarnya cara-cara menunggang kuda dan teknik ringkas bermain sukan polo berkuda. Kuda yang diberi nama Indiana “

Haniff ditemui bersama Elvina dalam sebuah sidang media khas mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 18 Mac nanti.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan dilangsungkan pada 24 Mac di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

SGMS Enal