Keluarga Berdiam Diri Seakan Tidak Beri Sokongan, Ini Respons Puteri Sarah – “Tak Boleh Loud Macam Yang ‘Sebelah’ Sebab…”

Pelakon dan isteri pertama Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana mengakui ada sebab keluarganya berdiam diri seakan-akan tidak memberi sokongan kepadanya ketika berlaku kemelut rumah tangga.

Memetik laporan Gempak, Sarah memberitahu adik beradiknya tidak boleh terlalu lantang bersuara terutama di media sosial kerana mereka berprofesyen tinggi.

“Selama ini orang tertanya tanya ke mana pergi keluarga saya dan kenapa mereka tidak kehadapan untuk menyokong saya.

“Sebenarnya mereka sentiasa membantu dan beri sokongan kepada saya di belakang cuma masing-masing ada kerjaya sendiri malah seorang penjawat awam.

“Macam adik saya yang hadir pada hari ini dia seorang doktor, tak akan dia nak lantang berkata-kata dengan profesyen dia begitu.

“Jadi mereka tak boleh terlalu loud (di media sosial) seperti yang ‘sebelah’ (keluarga madunya, Ira Kaza) sana oleh kerana profesyen mereka.

“Tapi apa-apa pun saya bangga mereka datang temani saya,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah ditemani oleh dua orang adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu.

Maya Basir