Keluarga Lancar Tabung Bantuan Buat Yasin Sulaiman – “Ia Untuk Biaya Kos Pembelaan Bagi Tuduhan Yang Amat Berat Ini”

Pihak keluarga penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman,47  akhirnya melancarkan tabung bantuan bagi mengutip sumbangan daripada orang ramai bertujuan membantu membiayai kos guaman penyanyi tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh abang Yasin iaitu, Zain Sulaiman menerusi hantaran di laman Instagram milik penyanyi itu pada Rabu.

Menurutnya, pihak keluarga melancarkan tabung ini untuk mereka yang sudi memberikan sumbangan bagi membantu adiknya itu mendapatkan pembelaan yang adil di Mahkamah.

Zain berkata, sekiranya sumbangan yang diterima mencukupi untuk menampung kos pembiayaan tersebut maka, pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung berkenaan.

 

Perkara ini turut dikongsi di platform media sosial apabila tanda pagar #solidarityforyasinsulaiman dan #justice4yasin dilancarkan.

Untuk rekod, Yasin kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret tidak membenarkan ikat jamin terhadap penyanyi itu atas dua pertuduhan iaitu menanam dan mengedar dadah jenis Kanabis di kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Takut Akan ‘Crack’ Lagi Sekali…” – Keluarga Rayu Rawatan Buat Yasin Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ganja: Kirim Salam Pada Syed Saddiq, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila-Bila Masa Saya Boleh Jadi Gila” – Hidap Bipolar Serius, Yasin Sulaiman Merayu Diberi Peluang Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN:Yasin Sulaiman Cetuskan Isu Perlunya Kajian Terhadap Penggunaan Ganja Dalam Perubatan, KKM Sedia Bantu

ARTIKEL BERKAITAN:“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Salma Syahbuddin