Kerap Buat TikTok Bersama, Gelagat Suami Nabila Razali Jadi Tumpuan… Peminat Berseloroh: “Boleh Geng Dengan Suami Ain Edruce”

Penyanyi Nabila Razali kelihatan semakin kerap membuat video TikTok bersama suaminya, Nik Iruwan selepas sebulan berkahwin.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Nabila kelihatan memuat naik video dirinya sedang mengusik suaminya yang sedang bermain telefon dengan menggunakan muzik latar lagu, Everytime We Touch nyayian Cascada.

Namun, Nik Iruwan kelihatan tenang dan pasrah apabila diusik isterinya.

@nabila.razaliiKbyeeeee

♬ Everytime We Touch – Cascada

Terhibur melihat gelagat suaminya yang tidak mengendahkan Nabila dalam setiap konten yang dimuat naik, rata-rata peminat pelantun Peluang Kedua itu mula menyamakan Iruwan dengan suami Ain Edruce, Amirul.

Terdahulu, Nabila dan Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November lalu.

Fatin Nurain