“Kerja Saya Jual Badan… Memang Kena Tunjuk Aurat!” – Sharifah Sakinah Tapis Followers

Selepas pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan model, Sharifah Sakinah sejak beberapa minggu lalu, dia memilih untuk menapis pengikutnya di media sosial.

Mungkin kerana sudah ‘muak’ dengan sikap segelintir warganet yang terlampau sarkastik dan bersikap kurang rasional dengan apa yang ditulis, Sakinah mengambil keputusan ini dan memaklumkan kepada semua pihak menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, kerjaya sebagai pemilik pusat kecergasan wanita menuntutnya untuk memakai baju yang sesuai dan bukan suka-suka untuk sahaja tampil seksi dimata khalayak.

“Saya akan tapis request ya. Kalau laki saya tak terima.

“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat. Kalau nak request juga, don’t judge. Kalau nak ilmu sila follow,” tulisnya.

Sementara itu, Sakinah juga turut memaklumkan menerusi hantaran Instagram Story miliknya bahawa, mana-mana akaun yang didapati palsu juga tidak akan dilayan.

Terdahulu, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired pernah didakwa memeluk Kristian apabila berkahwin dengan suaminya, Michael Hansen sehingga terpaksa memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

ARTIKEL BERKAITAN:“Sekarang Sudah Rasmi, Tak Payah Tanya Lagi Okay!” – Sharifah Sakinah Akui Kahwin ‘Senyap-Senyap’ Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Takut Murka Tuhan Ke?” – Tayang Gambar Seksi Dalam Tab Mandi, Sharifah Sakinah Kena Tegur

ARTIKEL BERKAITAN:“Tuhan Tarik Nikmat, Kerap Hilang Fokus & Cuai…”-Sharifah Sakinah Akui Hidap Penyakit ADHD

 

Salma Syahbuddin