Kes Saman Babitkan Puteri Sarah & Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Kes saman membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan isteri kepada Syamsul Yuosf, Ira Kazar akhirnya selesai secara baik di luar mahkamah hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Peguam bela Puteri Sarah Liyana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.

ā€œMahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dua pihak (Puteri Sarah dan Ira Kazar) pada hari ini yang mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

ā€œKes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip,ā€ katanya.

Pada 30 Jun tahun lalu, Puteri Sarah dilaporkan telahĀ  memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar atau nama penuhnya, Faghira Fatini Kazaruddin, 28.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ā€˜orang ketigaā€™ yang menganggu rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

Untuk rekod, pada 14 Jun lalu, kontyroversi memababitkan rumah tangga antara pengarah dan pelakon, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39 dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Syamsul melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Ā 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin