Disoal Tentang Persediaan Cahaya Mata Kedua, Ini Respons Fazura – “Saya Kesian Lihat Fatima Seorang Diri…”

Pelakon, Nur Fazura bersedia untuk menimang cahaya mata kedua jika dikurniakan rezeki.

Memetik laporan Harian Metro, anak sulungnya, Nur Fatima Aisya juga seakan ingin mempunyai teman untuk bermain.

“Sebenarnya soalan zuriat ni agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak dan saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

“Saya pun kasihan melihat Fatima yang seorang diri (tanpa adik beradik). Kalau di rumah, dia selalu juga luah hasrat nak ke rumah sepupu untuk bermain,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya, Fattah Amin juga sudah bersedia bila-bila masa untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru.

“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua. Kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tak boleh komen. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami tak tolak,” jelasnya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Maya Basir