Kesal Dihina Janda, Fauziah Sarman Dakwa Kena Ganggu Dengan Ahli Keluarga Penyondol? – “Panggil Musibat, Masuk IG Saya Kata Kami Lapar Publisiti”

Bekas isteri Datuk ND Lala, Fauziah Sarman tampil meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menggelarkannya ‘janda’ dan menghinanya dengan panggilan musibat.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mendakwa individu berkenaan adalah ahli keluarga isteri baharu ND Lala, Siti Munirah yang berasal dari negeri Melaka.

Fauziah berkata individu berkenaan bukan sahaja memanggilnya dengan panggilan kurang enak, malah juga melabelnya dan anak-anak memerlukan perhatian dan publisiti.

“Masuk Instagram saya kata saya dan anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami!

“Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ni @norazanshah. Apa maksud musibat ye? Mertua ex suami saya orang Melaka, saudara mara penyondol tu ke?” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada Fauziah dan membanjiri kata-kata semangat kepada ibu anak empat ini.

Ramai dalam kalangan mereka berharap agar Fauziah tidak termakan dengan kritikan orang luar.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.

ND Lala juga turut membuat penjelasan bahawa dia sendiri yang mendekati Siti Munirah, dan meminta restu untuk berkahwin daripada bapa mentuanya itu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Takkan Tarik Balik Gelaran ‘Penyondol’ Kepada Siti Munirah, Nafi Masih Tak ‘Move On’ – “Jiwa Saya Sangat Tenang”

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Dedah Tiga Foto Isteri Muda ND Lala, Individu Dakwa Siti Munirah Pernah Kikis Duit Bapa Saudara Sampai Bercerai?

Aqilah Paharuzi