Khai Bahar Tak Bimbang Jika Netizen Beri Gelaran Pelakon Kayu

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mengakui tidak risau jika orang ramai menggelarnya sebagai pelakon ‘kayu’.

Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sudah menerima pelbagai kritikan netizen.

Bagaimanapun, Khai mengambil segala maklum balas yang diberikan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin kini memegang watak sebagai ketua kumpulan Busker Cinta Hati dalam drama bersiri Shakira di TV3.

Menurut Khai, walaupun orang ramai menggelarnya sebagai pelakon kayu, dia akan memperbaiki kekurangan dan kelemahannya dalam bidang lakonan.

“Saya tak bimbang kerana dari drama pertama saya berlakon lagi orang sudah kritik.

“Saya memang ada kekurangan sikit dalam bidang lakonan ini tapi apa-apapun bila saya sudah dapat tawaran berlakon, saya perlu buat sebaik mungkin.

“Bila orang tegur, saya hanya ambil dan cuba perbaiki segala kelemahan saya,” katanya.

Khai turut mengikuti kelas lakonan selepas dia mendapat tawaran berlakon dalam drama.

“Saya belajar berlakon dengan Zul Huzaimy dan Alhamdulillah dekat situ saya memperoleh banyak info dan teknik lakonan,” ujar Khai.

Jangan lupa saksikan Shakira yang bersiaran di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Selain Khai, drama bersiri yang turut menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam dan ramai lagi telah mula ditayangkan pada 5 Januari lalu.

Marcella