‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Kisah masalah kemurungan penyanyi Haqiem Rusli nampaknya terus mendapat perhatian. Bukan hanya di media massa, malah netizen juga tidak berhenti memperkatakannya.

Sidang media khas yang diadakan semalam mendedahkan masalah sebenar yang dialami oleh penyanyi meningkat naik itu. Katanya, dia benar-benar berdepan dengan masalah kemurungan dan menafikan hal ini dibuat-buat untuk gimik.

Dalam pada itu, Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.

“ Dia pernah cakap tentang hasrat nak bersara daripada bidang seni. Tiga kali dia suarakan dan kita juga dah tegur agar tidak terburu-buru dalam buat sesuatu atau menulis di laman sosial.

“ Kali ketiga dia buat kenyataan di media sosial, sekarang dia terima kesannya,” katanya.

Sam turut menasihatkan agar Haqiem lebih berhati-hati selepas ini.

“ Pihak kami tidak tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas selain berkemungkinan menamatkan kontraknya.

“ Syarikat beri peluang kedua kepadanya untuk memperbaiki kesilapan. Kami tak mahu sia-siakan bakat yang ada pada Haqiem,” katanya.

Tegas Sam, isu yang timbul ini bukanlah berpunca daripada gimik yang kononnya direka-reka untuk single terbaru Haqiem berjudul ‘Selamat Tinggal Sayang’.

“ Popular dalam jangka masa singkat mungkin membuatkan dia terkejut sekaligus menambah tekanan kepada dirinya,” akhirinya. 

Untuk Haqiem, berhati-hatilah ya selepas ini. Sebelum upload apa-apa di media sosial, fikir dulu ya dik! 

SGMS Faida