Gelombang Haba Serang Kanada

Musim panas yang melanda timur Kanada sekaligus mencetuskan fenomena gelombang haba telah mengorbankan 33 orang di Quebec setakat ini.

Sejak seminggu lalu, pihak berkuasa di sana melaporkan sebanyak 18 kematian dilaporkan di ibu negeri Montreal, kata pengarah kesihatan awam wilayah, Mylene Drouin.

Katanya, kebanyakan mangsa di bandar itu adalah lelaki berusia antara 53 hingga 85 yang tinggal di kawasan terdedah dan tanpa akses kepada penghawa dingin. Baki kematian lain berlaku di beberapa daerah penduduk berbahasa Perancis.

Agensi alam sekitar Kanada menjangkakan suhu maksimum 35 darjah Celcius, semalam dengan indeks haba (rasa suhu pada badan manusia) sehingga 45 darjah Celcius. – AFP

SGMS Faida