Kongsi Adab Melawat Bayi, Ramai Ibu Setuju Dengan Ayda Jebat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil mengulas topik adab ketika melawat bayi sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet terutamanya para ibu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ayda menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda juga sempat memberikan beberapa pesanan kepada para tetamu yang bakal menziarahi ibu yang sedang berpantang dan bayi yang baru lahir demi kesejahteraan tuan rumah.

“Topik best bagi parents! Jom share list adab melawat baby. Semoga manfaat dan berkesan.  Adab Melawat Baby,” tulisnya.

Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya terutama sekali para ibu bersetuju dengan topik yang diketengahkan oleh Ayda.

Malah, mereka juga beranggapan kesedaran itu perlu dinormalisasikan kerana terdapat sesetengah pihak yang kurang peka terhadap situasi dan emosi ibu bapa yang baru menimang anak kecil.

Fatin Nurain