Kongsi Berita Gembira, Ainul Aishah Kini Hamil Anak Pertama

Pelakon Ainul Aishah berkongsi berita gembira apabila memaklumkan, dia kini sedang hamil anak pertamanya selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Katanya, dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan memandangkan dia sudah lama mengimpikan untuk menjadi seorang ibu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Segala puji hanya pada-Nya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur untuk anugerah ini. I have always wanted to be a mother for a long time. But, i don’t know whether i have the rezeki to have one.

“Saya sangat gembira kerana pada akhirnya saya mengandung. Dan saya dan suami percaya pada perancangan Allah,”katanya.

Berita gembira itu dikongsi Ainul Aishah menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Ainul Aishah Azizun, 38, berharap agar peminat dan orang ramai di luar sana sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan dan perjalanan kehamilannya berjalan lancar.

“Saya mohon dan berharap agar anak yang dilahirkan nanti selamat dan sihat. Itu sahaja yang saya nak. Please pray for my smooth pregnancy journey  and delivery,”ulasnya.

 

Salma Syahbuddin