Kongsi Foto Seksi Nampak L*rah, Azira Shafinaz Dikecam Warganet

Pelakon dan penyanyi cantik Azira Shafinaz sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila menggayakan busana yang terlalu seksi di sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azira memuat naik beberapa hantaran foto yang memaparkan dirinya sedang menghadiri acara tersebut dengan beberapa kenalan selebriti lain.

Dalam perkongsian itu, anggota kumpulan De Fam itu mengenakan busana serba hitam hasil ciptaan pereka fesyen tempatan.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah busana berkenaan dikatakan terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian dadanya yang keterlaluan dan pinganggnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan aktres berusia 32 tahun itu.

Ramai meluahkan rasa kecewa apabila fesyen yang digayakan Azira dilihat semakin seksi dan menganggap ia tidak sesuai bagi imej seorang muslim.

Malah ada juga yang berpesan agar diberikan hidayah dan berasa sedikit sifat malu dalam diri.

Khairil Khusyairi