Hiburan By: Maya Basir November 25, 2023 @ 9:53am

Kongsi Senarai Nama Untuk Zuriat Pertama, Watie Jawab Dakwaan Sedang Berbadan Dua

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah menafikan dakwaan sedang hamil gara-gara memuat naik foto menutup bahagian perut seakan menyorok ‘baby bump’ dengan sejambak bunga, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Good News Ke Tu?”-Kongsi Video Sweet, Netizen Dakwa Watie Hanifiah Kini Hamil… Lagu Background Seakan Beri ‘Hint’

“Saya belum hamil lagi, itu hanyalah perut buncit saya.

“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’. Yang saya sorok adalah perut saya, tapi orang nampak juga.

“Jadi, sorok baby itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal. Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya. Doa-doakanlah,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengakui anak-anak tirinya mahukan adik.

“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.

Malah, Watie tidak menafikan sudah mempunyai beberapa senarai nama buat zuriat pertama mereka kelak.

“Kami saja-saja letak apabila kami berborak. Kami mahu letak nama anak Bintang. Iaitu kalau anak lelaki Bintang Arjuna, kalau perempuan, Bintang Terindah,” kongsinya.

Sementara itu, dia dan suami sedar bahawa ramai pengikut yang mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat.

“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami. Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.

“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

Hiburan Tue, 18 Oct 2022
Trending Thu, 25 Feb 2021
Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram

Trending Thu, 1 Jul 2021