Categories: HiburanTrending

Konsert Berlangsung Sukses! Pilih Malaysia Jadi Destinasi Pertama World Tour, Moira Excited Hiburkan Peminat

Bintang terkenal Filipina, Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama ‘world tour’ yang telah berlangsung sukses pada 20 April lalu.

Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklan (jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat
antarabangsa.

“Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana saya telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Phillipines.

“Saya gembira menerima jutaan perhatian dari peminat antarabangsa. Kini, lagu-lagu saya telah mencecah lebih 1 juta strim di aplikasi penstriman muzik Spotify,” katanya.

Baru sahaja selesai mengadakan persembahan pada Sabtu lepas dalam komsert yang berlangsung di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, Moira gembira dengan penerimaan peminat di Malaysia.

“10 lokasi telah dipilih untuk Moira World Tour 2024. Malaysia menjadi lokasi pertama. Saya teruja dengan sambutan peminat di Malaysia dalam konsert yang diadakan baru-baru ini.

“Saya rasakan yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza. Saya suka dengan budaya yang ada di Malaysia. Lebih kurang 20 buah lagu dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu,” katanya lagi.

Selepas ini, Moira akan mengembara ke San Fransisco, Los Angeles, Washington State, Pala, Stafford, Red Deer, Ontario, Saskatchewan dan Montreal untuk meneruskan jelajah konsert.

Padin