Linda Rafar Buat Perkongsian Tentang Ujian, Peminat Doa Agar Bersabar & Diberi Kekuatan – “Jangan Lah Ada Kisah Sedih”

Perkongsian pelakon Linda Rafar mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Linda berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang dibuat oleh isteri kepada pelakon, Syed Aiman itu sehingga menimbulkan tanda tanya kepada pengikut.

Dalam perkongsian video tersebut, Linda membuat kapsyen soal ujian yang diberikan Allah S.W.T.

“Mereka yang belum diuji mungkin senang berkata-kata agar terus redha dan sabar, ujian Allah S.W.T tak sama.

“Jika belum lalui apa-apa ujian berat baik berdiam daripada bersuara, hanya yang diuji dengan ujian yang berpuluh tahun sahaja tahu bertapa sakitnya,” coretnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut seolah bersetuju dengan kenyataan Linda tersebut.

Malah, ramai juga turut memberi kata-kata semangat buat ahli kumpulan Elite itu agar terus diberikan kekuatan dan kesabaran.

Untuk info, pemilik nama penuh Azlinda Rafar ini mendirikan rumahtangga dengan Syed Aiman pada 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki.

Khairil Khusyairi