“Apa Saja Yang Digunakan Pihak Sana Adalah Perkara Lama Semata Nak Tutup Kes Khalwat” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyifatkan pendedahan yang dibuat wanita yang bernama Sarah Yasmine mengenai hubungan bersama suaminya, Aliff Aziz dapat mengukuhkan lagi bukti di mahkamah kelak.

Menurut Bella, dia juga memaklumkan kenyataan sebelum ini bukanlah perkara fitnah seperti yang didakwa pihak Aliff dan Ruhainies.

“Sebenarnya saya mahu habiskan perkara ini cepat dan apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak.

“Dan memang cukuplah kebenaran itu dimana Aliff dan Ruhainies mempunyai hubungan. Memang saya dah tahu, tapi pendedahan ini mengukuhkan lagi apa yang terjadi biarpun pihak sana menidakkan. Cakap saya fitnah dan sebagainya.

“Di bulan puasa itu takkanlah saya nak memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti,” ujarnya kepada pemberita.

Bella ditemui pada majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia di sebuah hotel, pada Rabu.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berasa kecewa apabila ada rancangan berniat jahat untuk menjatuhkan dirinya.

“Secara jujurnya, saya sedih sangat dan terkejut juga perbualan mesej WhatsApp itu. Mereka cuba nak jatuhkan saya.

“Seperti apa yang saya cakap sebelum ini, apa sahaja yang digunakan pihak sana adalah perkara lama semata untuk menutup kes khalwat. Perkara itu tidak eloklah.

“Fitnah yang disebarkan itu terlalu berat dan mereka menggunakan perkara itu untuk menjatuhkan saya tapi lihatlah bila berniat tidak baik ia tidak berkesan.

“Saya kecewa bila kami sebagai pasangan yang sudah lama bersama akhirnya berkomplot. Tapi apa yang saya nampak dalam perbualan mesej itu yang menekan Aliff untuk buat perkara ini adalah Ruhainies,” kongsinya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Tak Tahu Gosip Kisah Cinta Baru Aliff Aziz… Sedang Sibuk Jalani Penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

Khairil Khusyairi