Mesti peminat-peminat Kumpulan Dewa penasaran bukan?
Sebenarnya kenyataan ini telah diberi oleh salah seorang anggota kumpulan Dewa yang juga merupakan pengasas kumpulan lagenda ini iaitu Ahmad Dhani.
Menurut beliau, mungkin ini adalah yang konsert Dewa yang terakhir di Malaysia memandangkan mereka sudah tidak menghasilkan album terbaru dan hanya datang ke Malaysia jika diundang untuk membuat persembahan sahaja.
” keputusan in diambil apabila kemahuan pendengar yang lebih menyukai lagu lama kami yang lebih menggamit nostalgia seterusnya membuatkan kami tidak terfikir untuk merakamkan single terbaru. Kerana itu, sejak tahun 2007, kami tidak lagi menghasilkan album atau lagu baru selepas kemunculan album Kerajaan Cinta.”
“Dan, saya boleh katakan kami ini adalah ‘band panggilan’. Jika ada yang undang, kami akan buat persembahan. Justeru itu, barangkali penyatuan Dewa 19 di Kuala Lumpur kali ini adalah persembahan terakhir kami.” Katanya.
Menyifatkan konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini adalah yang paling special kerana menggabungkan tiga vokalis kumpulan itu, Once, Ahmad Dhani dan Ari Lasso.
Jadi buat peminat Dewa, korang bolehlah merasai sendiri debaran konsert dengan mengikuti persiapan dan latihan mereka menerusi Youtube.
Wah, mesti ramai yang tak sabar nak sing along sekali dengan Dewa kan?
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?