Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2023 @ 12:30pm

Konsert Setengah Lima Menuju Senja Parade Hujan X Sore Berjaya Buai Hampir 5,000 Peminat Malaysia!

Persembahan penuh bertenaga dan mengasyikkan dari Kumpulan Parade Hujan dan Sore ternyata meninggalkan momen manis buat semua penonton dan peminat tegar kumpulan ini menerusi konsert yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Memukau, adalah perkataan paling sesuai digunakan untuk menggambarkan perse-mbahan dari kedua-dua kumpulan indie ini.

Walaupun membawakan genre muzik yang berlainan, namun ia tidak menjadi penghalang untuk penonton bernyanyi dan ‘healing’ bersama-sama.

 

 

Konsert yang berlangsung sekitar pukul 8 malam itu dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Sore dengan membawakan sebanyak 21 lagu termasuk lagu popular mereka berjudul Karolina, Pergi Tanpa Pesan, Mata Berdebu, Somo Libres dan Setengah Lima.

Selain itu, konsert turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menerusi lagu Angin Kencang dan Atilia Haron menerusi lagu popularnya, Silly Little Thing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

 

Selesai membuai perasaan dengan lagu bergenre rock dan jazz, peminat akhirnya disajikan dengan alunan gitar yang mempesonakan dari kumpulan Parade Hujan.

Membawakan muzik pop ditambah dengan alunan keroncong membuktikan, muzik tradisional juga mampu menarik peminat khasnya golongan muda untuk sama-sama bernyanyi menerusi lagu popular mereka iaitu,  Angin Pujaan Hujan diikuti dengan Untuk Perempuan, Menuju Senja dan Tidurlah.

Parade Hujan atau sebelum ini dikenali sebagai Payung Teduh tampil dengan 17 buah lagu popular mereka yang dipetik dari album Dunia Batas (2012), Ruang Tunggu (2017), Mendengar Suara (2018) dan Datang (2023).

Malah,  kehadiran penyanyi popular, Ernie Zakri sebagai tetamu istimewa Parade Hujan ternyata menghangatkan lagi suasana apabila kedua-duanya menyanyikan lagu Mari Bercerita dan Berdua Saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Sekadar info, Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) yang dianjurkan oleh Neptunes Presents ini turut membawakan pemuzik orkestra tempatan iaitu, Agal Muzik Ensemble.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 11 Mar 2022
Trending Mon, 12 Apr 2021
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
familuv Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital. Malah, suami Hanis, […]

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Kenapa Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik

”Saya ‘Enjoy’ Kehidupan Sekarang. Saya Tak Kacau Orang Pun”, Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik Kerana Tertekan Bapa Meninggal