Categories: HiburanSelebriti

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Memetik laporan daripada portal berita Sabq, sebuah kren telah tumbang di kawasan pembinaan di Masjidil Haram, Makkah.

Kejadian itu menyebabkan seorang pekerja cedera.

Menurut catatan Twitter pihak berkuasa Makkah, kejadian pada Ahad itu berlaku di kawasan yang jauh dari laluan para jemaah dan pelawat.

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Kejadian pada musim haji tersebut berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat.

Berikutan itu, sebanyak US$8.5 juta pampasan telah dibayar kepada mangsa dan keluarga.

SGMS Faida