Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 18, 2022 @ 3:28pm

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Penyanyi Siti Nordiana mengakui jangkitan Covid-19 sebanyak tiga kali memberi kesan buruk terhadap pernafasannya terutamanya ketika membuat persembahan.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa kualiti vokalnya merudum.

“Kadang-kadang ada waktu penyanyi tak cukup rehat. Sebab penyanyi bukan mesin. Ada masa okay, ada masa tak sihat.

“Macam saya sendiri sudah tiga kali terkena Covid-19. Setiap tahun kena sejak 2020. Tidak dinafikan ia memberi kesan pada pernafasan. Tapi, ia bukan alasan untuk saya menyanyi main-main,” katanya.

Menurut Nana, dia tidak menafikan perkara dimana dia pernah memberikan persembahan yang kurang baik.

“Tak dinafikan ada dua tiga persembahan saya yang kurang hingga menjadi kritikan netizen di media sosial.

“Saya pula jenis tak suka nak gaduh. Kalau memang menyanyi tak sedap saya mengaku saja. Sebab saya tahu, diri ini takkan pernah sempurna,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Apr 2026

“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

Ozlynn berpendapat, setiap pasangan suami isteri perlu memainkan peranan penting dalam memahami situasi dan keadaan kewangan antara satu sama lain.

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Coach Yin Accused Of Domestic Violence? Or Mere Marketing Strategy?

If this is true, it shouldn’t be looked upon so lightly!

Featured Fri, 12 Mar 2021
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

“Mohon Maaf, Harap Boleh Buka Lembaran Baharu & Fokus Perkara Positif” – Muaz Zabir Rayu Henti Ungkit Isu Lama

Mohon maaf, Muaz Zabir meminta agar sesetengah pihak berhenti mengungkit isu lama.

Events Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!