Kurang Terima Tawaran Berlakon, Fathia Latiff Berhasrat Nak Sambung Belajar Untuk Bergelar Peguam

Pelakon Fathia Latiff semakin gembira dengan kerjayanya sebagai pentadbir undang-undang di sebuah firma guaman.

Memetik laporan Harian Metro, Fathia turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian untuk menjadi peguam.

“Alhamdulillah walaupun jauh dari dunia glamor, tapi saya sangat meminati kerjaya dalam perundangan.

“Insya-Allah saya berhasrat untuk menyambung pengajian dan bercita-cita untuk bergelar peguam satu hari nanti,” katanya.

Mengulas tentang kerjaya seni yang agak perlahan, pelakon drama Ariana Rose ini tidak menolak sekiranya dapat tawaran yang menarik.

“Kalau ikutkan memanglah teringin hendak berlakon, tapi buat masa ini tiada lagi tawaran.

“Kali terakhir saya berlakon adalah untuk telefilem pada bulan Mei lalu. Tahun ini saya hanya dapat dua tawaran saja, satu lagi pada bulan Mac,” kongsinya.

Maya Basir