Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 11, 2023 @ 12:59pm

“Kutuklah, Hinalah Saya…” – Sedia Terima Segala Tohmahan, Syamsul Yusof Mohon Netizen Berhenti Kecam Isteri & Keluarga

Selepas membuat pendedahan mengenai perkahwinan keduanya, pengarah Syamsul Yusof sekali lagi tampil membuka mulut untuk mengulas tentang salah faham yang berlaku terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Terdahulu, Syamsul telah mendedahkan sebab dirinya menyekat nombor telefon isterinya, Sarah sehingga tidak dapat meleraikan isu tersebut dengan baik bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Rela Dimadu Suami Narsisistik, Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Lepaskan – “Awak Block Saya, Tak Ajak Berbincang”

Namun, Syamsul juga sempat meluahkan rasa kecewanya apabila urusan rumah tangganya mula menjadi bahan bualan ramai pihak sehingga menimbulkan pelbagai fitnah.

“Dulu masa kecil, selalu dengar orang cakap jangan campur urusan rumah tangga orang, cerita dalam kain orang. Baru saya faham. Saya taknak dengar cakap orang itu atau orang ini kerana yang tahu masalah rumah tangga saya adalah saya, Puteri Sarah dan Allah.

“Terpulanglah, saya tak cakap saya sempurna. Tidak, pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sampai bila kita nak bergaduh sebegini. Suami isteri aib-mengaibkan.

“Saya berkahwin untuk mengelakkan zina. Walaupun saya tahu ini yang saya akan kena, takpa. Yang penting sudah-sudah. Saya nak dengar cakap Allah,” katanya.

Menerusi perkongsian yang berdurasi 11 minit 41 saat itu, Syamsul memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya untuk meleraikan sengketa yang berlaku ini.

Malah, pengarah kontroversi itu juga meminta agar orang ramai tidak menambahkan lagi api terhadap isu yang berlaku ekoran keputusan yang telah dibuat olehnya.

“Doakan yang terbaik, tak tahu bila drama ni nak habis. Saya dah taknak post dan cakap hal rumah tangga ni but saya perlu juga kerana melibatkan masyarakat fitnah tak habis-habis, kalau tak fitnah pun kata buruklah. Terpulang.

“Kepada yang faham syukur Alhamdulillah. Doakan yang terbaik tak rugi apa pun. Dan takda untung apa pun netizen yang melaga-lagakan, jadi batu api macam seolah-olah biar saya dan isteri bercerai dan macam-macam lagi.

“Jangan jadi batu api saya faham isteri saya sedang emosi. Ini yang saya cuba lakukan sampai bila kita nak bergaduh. Kita cuba nak selesaikan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Kedua-Kedua Isteriku Tenang & Banyakkan Bersabar” – Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: “Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Syamsul juga menyatakan dia bersedia untuk menerima segala tohmahan yang dilemparkan, namun dia meminta agar orang ramai tidak menghina dan mengecam isteri-isteri serta ibu bapanya.

“Walaupun saya dah cakap begini, saya tak mahu, jangan ditohmah, dimarah ataupun dicakap apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kaza. Jangan kata benda-benda tak elok tentang mereka.

“Kalau nak kutuk sekalipun, nak hina tu saya. Kutuk saya sebab saya yang buat keputusan ini, saya kena berkahwin ikut hukum. Kutuklah saya, hinalah saya. Saya terima. Yang penting saya tahu.

“Ibu bapa saya pun, ada yang cakap tak elok tentang mereka. Jangan, please. Kutuk saya, saya bertanggungjawab pasal semua benda ni. Saya pun ada anak-anak yang saya sayang. Itu sahaja yang saya boleh cakap sekarang ni. Doakan yang terbaik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Berhak Bahagia… Kebahagiaan Dirampas Dengan Kejam, Ditinggalkan Terkapai-Kapai!” – Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Ini Komen Ibu Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: “Bohonglah Kalau Saya Tak Kecewa” – Yusof Haslam Terkilan, Harap Syamsul Lebih Bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti-Nantilah! Sekarang Tak Boleh Nak Komen…” – Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Ira & Syamsul Yusof, Kazar Saisi Selesa ‘Kunci Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN: Berita Pernikahan Dengan Ira Kazar Jadi Bualan, Ini Harapan Ibu Syamsul Yusof Untuk Puteri Sarah – “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulang Ke Rumah Agar Dapat Bincang, Tak Perlu Hebah Di Media Sosial” – Selamat Bernikah Dengan Ira Kazar, Ini Pesanan Syamsul Yusof Kepada Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 May 2018

Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua

Supermodel terkenal Miranda Kerr selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020
Trending Fri, 13 Jul 2018

Pasangan Gay Kedua Pula Kena Sebat…

Dua lelaki berkenaan dirotan lebih 80 kali kerana mengamalkan gay, yang diharamkan menurut undang-undang Islam, ketika orang ramai memaki hamun mereka.

Hiburan Sat, 19 Oct 2024

Peminat Kecewa Stacy Undur Diri, Tidak Terlibat Dalam Konsert Sumandak Stars

Alamakkk, kenapa Stacy tak jadi terlibat dalam Konsert Sumandak ni?

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020
Trending Wed, 22 Jun 2022

“Saya Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Bakal Dedah Perkara Sebenar

Syamsul bakal mendedahkan perkara sebenar, mahu selesaikan kemelut rumah tangga.

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

‘Saya Tak Mudah Terima Tawaran, Tapi…’ – Hawa Rizwana

Hawa Rizwana mengakui tidak semua tawaran yang datang akan diterima begitu sahaja.

error: Content is protected !!