Hiburan By: Padin September 7, 2023 @ 7:03pm

Lagu Haruman Terindah PU Lokman Trending #1 Di YouTube, Penerbit Jaja Ishak Cari Bakat Baharu

Lagu Haruman Terindah nyanyian PU Lokman Naufal sudah trending carta pertama YouTube untuk kategori muzik biarpun baru sahaja dilancarkan.

Pastinya, kejayaan manis tersebut memberikan kelegaan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan lagu Haruman Terindah nyanyian PU Lokman Naufal dan menganggap ini merupakan petanda positif kepada usaha yang sedang dilakukan ketika ini.

Lagu Haruman Terindah PU Lokman Naufal trending #1 di YouTube

Bagi Lokman sendiri, dia masih terkejut dan tidak percaya lagu berkenaan boleh berada di kedudukan pertama carta trending selepas melancarkan semula lagu tersebut tujuh hari yang lalu.

“Saya gembira dan bersyukur kerana peminat suka dengan Haruman Terindah. Mereka banyak meninggalkan komen positif dan menganggap apa yang kita lakukan sebagai satu usaha dakwah dalam hiburan.

“Dengan tema kasih sayang, bait-bait lirik lagu ini begitu dekat dengan pendengar. Saya bahagia apabila ramai yang tersentuh dengan lagu ini meskipun ada yang sudah mendengarnya sebelum ini lagi,” katanya bercerita.

Haruman Terindah nyanyian PU Lokman Naufal sebenarnya dah ada sejak 2020

Sebenarnya Haruman Terindah sudah pun dilancarkan pada 2020, namun atas perbincangan dengan pihak pengurusan Lokman, mereka mahu merakamkan semula lagu berkenaan dengan susunan muzik yang lebih segar selain melancarkan lirik video baharu.

Pelbagai elemen baharu ditambah baik terutama susunan muzik supaya lagu berkenaan lebih catchy agar dapat menangkap halwa telinga peminat baharu yang belum mengenalinya.

“Sebenarnya pendengar juga antara sebab mengapa saya merakamkan semula lagu ini. Mereka masih suka dengan lagu ini dan mahu versi yang lebih catchy sesuai dengan peredaran masa.

“Jadi saya penuhi permintaan mereka dan tak sangka penerimaan luar biasa daripada semua pihak. Ini menunjukkan kita perlu melakukan usaha yang berterusan untuk kekal relevan,” kata pendakwah ini lagi.

Hakikat tersebut turut dizahirkan oleh Jaja Ishak selaku penerbit Haruman Terindah. Dia gembira dengan sambutan yang diberikan dan dalam masa yang sama mahu membuktikan sesebuah karya boleh kekal relevan sekiranya ada penambahbaikan dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaja Ishak (@jajaishak)

“Pada awalnya kita kurang yakin untuk merakamkan semula lagu ini kerana berpendapat adalah lebih wajar untuk merakamkan lagu baharu sahaja. Tapi apabila melihatkan trend di TikTok kecenderungan peminat menggunakan lagu ini, kita yakin dengan keputusan ini.

“Akhirnya lagu ini trending nombor satu di YouTube dan turut mendapat sambutan di TikTok. Ini yang membuatkan saya yakin untuk terus melabur dalam mana-mana pembikinan karya kreatif dalam bidang muzik,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Jaja tidak menolak kemungkinan untuk terus mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Dia sendiri sebelum ini sudah menerbitkan beberapa lagu termasuklah Takdir nyanyian Aliff Iskandar, Teguh Mimpi (Lakaa Idris) dan beberapa karya lain lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Jaja Ishak Puji Mutu Lakonan Hairul Azreen – “Bila Melihatkan Perkembangan Bakatnya, Saya Percaya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Gandingan Intan Najuwa & Idris Khan, Penerbit Bersyukur Drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Trending

Tidak pernah meletakkan sebarang syarat khusus dalam mencari bakat baharu, Jaja yang juga merupakan penerbit drama yakin sesiapa sahaja boleh berjaya sekiranya mereka berusaha keras untuk mengejar mimpi.

“Saya hanya membantu mereka mencapai cita-cita. Kalau ada yang berminat untuk bekerjasama dengan saya, silakan tampil. Mana tahu kalian pula akan menjadi bintang besar masa hadapan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

10 KPOP IDOLS WITH THE HIGHEST INCOME

Many KPOP idols are known to be very rich as many of them earn lots of money from endorsement deals, commercials, dramas and song royalties. And these 10 people are the richest of the rich in the industry.

Featured Tue, 9 May 2023

“Filem ‘Anwar: The Untold Story’ Menangkis Persepsi Sepanjang 23 Tahun Anwar Ibrahim Dipapar Menjadi Penjenayah” – Dr Wan Azizah

Jangan lupa tonton Anwar: The Untold Story 18 Mei ini di seluruh pawagam tanah air!! ❤️🫶🏻

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

After 25 years, Mariah Carey’s Holiday Hit Is Finally Number One!

Yeay for my all time favourite Christmas song, hands down!

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Events Sun, 10 Nov 2019

Nah, Ini Perkara Menarik Tentang Lazada Supershow 11.11 Ahad Ini!

Jom hangatkan lagi Lazada Supershow 11.11 malam ini!

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?