Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 4, 2022 @ 10:47pm

Lagu Irama Arab ‘Denyut Jantungku Berdebar’ Viral Di TikTok… Casablanca Temukan Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Kisah cinta pasangan kekasih yang banyak dikongsikan di aplikasi TikTok menjadi asas dalam penceritaan single duet terbaharu Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Seperti sedia maklum, Nuha Bahrin terlebih dahulu dikenali apabila pernah tular gara-gara persembahannya yang dianggap sumbang dan ‘terkucil’ dalam program Vokal Mania di TV3 pada 2020.

Selepas melalui fasa dikritik dan menjadi bahan jenaka warganet, Nuha melancarkan single solo berjudul XSEMPURNA pada Mac tahun lalu dan Naufal pula pernah menganggotai kumpulan nasyid Zayne.

Dari dua genre berbeza, Nuha dan Naufal kini bersatu dalam lagu ciptaan Daqmie dan lirik oleh Abdul Karim Al Ali (Syria) berjudul Casablanca.

Biarpun lagu duet itu adalah kolaborasi pertama mereka, Nuha menyifatkan kerjasama dengan Naufal sangat bagus.

“Proses rakaman lagu, Alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain. Jadi semuanya berjalan lancar. Pada saya proses penghasilan lagu ini sangat cepat dan saya rasa sebab pasukan ini sangat membantu.

“Semua orang saling tolong menolong, sokong satu sama lain dan berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini lebih baik. Saya harap semua orang boleh hargai usaha yang kami berikan untuk lagu ini,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan penggubah lagu, Nuha berkata lagu Casablanca sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan.

“Pada saya tujuan utama lagu ini adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik lagu ini. Lagu ini mengisahkan dua orang yang sedang bercinta, macam baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau ‘crush’,” katanya.

Ditanya mengenai proses penulisan lagu, Nuha meluahkan rasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik yang bagus dan berpengalaman luas.

“Bagi proses penulisan lagu, Alhamdulillah kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmie dan Wan Salleh.

“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu Abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya sebutan Arab sebab ia perlu teliti. Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” katanya.

Bagi Naufal, merakamkan lagu dan video muzik Casablanca adalah pengalaman yang cukup berharga buat diri dan kerjayanya.

“Rakaman lagu ini ambil masa selama satu hari sahaja. Lagu ini juga kami ada lirik dalam bahasa Arab dan Melayu. Untuk bahasa Arab kami diberi tunjuk ajar oleh Abdul Karim, dia yang ajar kami supaya ia sedap didengari oleh orang.

“Kalau tak memang susah nak bawa, tapi bila dia ada ia menjadi senang. Abdul Karim ini juga boleh berbahasa Melayu, jadi ia memudahkan proses rakaman lagu ini.

“Bagi proses rakaman MV pula, saya rasa seronok dan teruja sebab kita ada ‘otai’ seperti abang Akid, Kak Za dan Minur Rashid. Individu lain yang terbabit kita ada Be Positive, Be Good jadi disebabkan mereka yang terbabit inilah MV Casablanca ini menjadi mudah dan teratur. Kami juga baru berjinak-jinak dalam industri muzik ini senang faham dengan konsep yang mereka nak bawa,” katanya.

Sama seperti Nuha, Naufal juga berharap lagu Casablanca yang sudah dilancarkan di semua platform digital muzik sejak 20 Mei lalu itu dapat diterima baik oleh pencinta muzik tanah air.

“Harapan saya lagu ini akan diterima rakyat Malaysia dan mendapat sambutan yang baik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Pakai ‘Hoodie’ Tapi Tayang Rambut… Imej Isteri Fikry Ibrahim Curi Tumpuan

Isteri Fikry Ibrahim. Siti Khalizah Alihan pakai hoodie nampak rambut

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Events Thu, 3 Jan 2019

Shuk Dan Jihan Confirm Buat Korang Pecah Perut Dalam…

Jadi jangan lupa saksikan Senang Terhibur yang pastinya buat korang semua pecah perut dengan lawak jenaka daripada Jihan, Shuk dan artis jemputan setiap minggu.

Events Fri, 1 Nov 2019

Syamel Nervous Jumpa Ernie Zakri?

Aik…kenapa tu Syamel?

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Terbaik Berani Buat Stunt Sendiri!”- Uqasha Senrose Terjun Laut Tanpa Guna Stuntman Buat Ramai Tergamam!

Wowww!! Power lahh, bukan senang ya nak terjun laut dengan ombak kuat tu. Fuhhhh hebattt Uqasha tak nak pakai stuntman

Trending Fri, 9 Jul 2021

Pengurangan Sewa Selama 3 Bulan Buat Peniaga Di R&R – PLUS

Berita gembira semua buat peniaga R&R

error: Content is protected !!