LaguXTRA: “Lirik Yang Sangat-Sangat Beautiful” – Fasha Sandha & Anak-Anak Kongsi Lagu Kegemaran!

Pelakon Fasha Sandha berkongsi lagu kegemarannya dan kali ini pilihan lagu dari luar negara.

Menurutnya, lagu tersebut juga turut disukai oleh anak-anaknya iaitu lagu Golden Hour oleh JVKE.

“Sekarang ni my current favorite yang saya dengar hampir setiap hari ialah Golden Hour sebab lagu tu pada saya mempunyai lirik yang sangat-sangat beautiful.

“Lepas tu anak-anak saya sampai Aisha tu pun boleh hafal dan menyanyi sekali lagu tu,” ujarnya.

Selain lagu antarabangsa, lagu-lagu tempatan yang diminatinya ialah daripada lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Lagu-lagu lama banyak favorite antaranya lagu zaman-zaman Siti Nurhaliza. Semua lagu Tokti saya dengar,” kongsinya.

Perkembangan terkini, Fasha melakonkan watak Nadia di dalam sebuah drama yang berjudul Serpihan Sayang di slot Samarinda, TV3 dan turut bergandingan bersama Aeril Zafrel, Shah Jaszle dan adiknya, Elisya Sandha.

Maya Basir