Categories: HiburanSelebriti

Lalui Waktu Sukar, Bagi Ruang Kepada Syafiq

Populariti Syafiq Kyle dan Amyra Rosli ketika ini tak perlu dipertikaikan lagi. Drama Nur yang sedang ditayangkan sekarang ternyata mengangkat nama dua gandingan hebat ini! 

Secara tidak langsung, pelakon Amyra Rosli turut menerima pertanyaan tentang kemelut berhubung video kontroversi yang melanda pelakon Syafiq Kyle ketika ini.

“ Kalau diikutkan saya tiada kena mengena dalam hal ini namun memandangkan drama Nur sedang ditayangkan, mungkin soalan ini ditanyakan kepada saya.

“ Saya berharap kes ini tidak lagi diperkatakan…ia bagaikan membuka aib seseorang. Lebih-lebih lagi kita di bulan Ramadan, tak perlu rasanya dibangkitkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Preview Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima, semalam.

Amyra turut memaklumkan hal ini juga tidak disebut di dalam group WhatsApp yang melibatkan tenaga produksi drama Nur.

“ Tiada siapa yang bertanya tentang hal ini kepada Syafiq. Kami hormati dia dan berilah ruang kepadanya ketika saat-saat sukar seperti ini.

“Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu Syafiq terasa dan saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,” katanya yang memegang watak Nur yang sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di TV3.

 

SGMS Faida