Lawat Mangsa Buli, Tindakan Ifan Seventeen Dipuji Warganet

Susulan kes mangsa buli seorang pelajar di sebuah sekolah di Pontianak, Indonesia, vokalis Seventeen, Ifan menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa yang dikenali sebagai Audrey.

Menerusi laman Instagram Ifan, dia mengambil keputusan untuk melawat gadis malang itu di hospital.

Kes buli Audrey kini hangat diperkatakan di seluruh Indonesia malah turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk ahli politik, selebriti dan warganet penduduk di republik itu.

Semalam, Indonesia digemparkan dengan kes buli melibatkan 12 orang pelajar sekolah menengah atas terhadap junior di salah sebuah sekolah di sana.

Audrey kini menerima rawatan intensif di salah sebuah hospital di Pontianak.

Tindakan Ifan yang merupakan anak jati itu kota itu mendapat pujian daripada warganet. Mari doakan agar adik Audrey pulih seperti sedia kala. Insha Allah…

SGMS Faida