Featured By: Atiqah Johari April 26, 2022 @ 3:25pm

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Apartmen

Seorang lelaki warganegara Indonesia telah ditemui mati dalam keadaan kaki kirinya dirantai pada kerusi. Kejadian ini berlaku di Apartment Eastern Court, Jelutong, Pulau Pinang.

Mayat mangsa ditemui di sekitar kawasan parkir apartmen tersebut dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta mempunyai kesan darah.

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan, pihaknya mendapat panggilan berkaitan kejadian daripada orang awam kira-kira 5.40 petang pada Sabtu lalu.

Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, mangsa didapati tinggal bersama seorang lagi rakan serumah yang dijadikan inap desa dan mempunyai tiga buah bilik.

“Didapati mangsa berusia 33 tahun mendaftar masuk ke rumah itu sejak 13 April lalu bersama seorang lagi lelaki tempatan berusia 52 tahun.

“Menurut saksi, dia membantu kedua-duanya yang dikatakan datang dari Melaka dengan menghantar makanan ke rumah berkenaan setiap hari pada 1 petang dan 5 petang.

“Saksi berkenaan sempat bertemu seorang daripada mereka bagi menghantar makanan pada 5 petang sebelum menerima maklumat mengenai kematian mangsa,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Pemeriksaan lanjut mendapati dalam rumah berkenaan tidak menemukan sebarang kesan pergolakan.

Pihak polis juga menemui pasport mangsa yang datang dari Dumai, Indonesia melalui jalan laut pada 23 Mac lalu sebelum tiba di Pulau Pinang.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan tujuan mereka datang ke negeri ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat untuk mengesan kecederaan lain pada tubuhnya.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga urusan bedah siasat selesai dan polis kini sedang giat mengesan lelaki yang menyewa rumah berkenaan bersama mangsa, bagi membantu siasatan,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.

Trending Sat, 24 Feb 2018

Anak Sesak Nafas, Kenal Pasti Tanda Amaran Dan Bertindak Segera

Bila anak dah sesak nafas, ibu bapa pastinya panik, kenal pasti tanda amaran dengan pantasye

Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
Trending Tue, 12 Jan 2021

KKM Umum Varian Terbaharu Covid-19, UK B.1.1.7 Di Kesan Di Malaysia

Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi

Hiburan Sat, 17 Aug 2019