Trending By: Salma Syahbuddin January 12, 2021 @ 12:37pm

KKM Umum Varian Terbaharu Covid-19, UK B.1.1.7 Di Kesan Di Malaysia

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin memaklumkan, satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.

” Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.

” Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India”

Bagaimanapun, sebanyak 968 sampel telah diuji  Oktober lalu dan melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel.

Namun, setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun ia boleh menular dengan mudah dan cepat.

Sumber : Facebook KKM, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Thu, 29 Sep 2022
Trending Sun, 18 Oct 2020

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang […]

Trending Sat, 26 Jun 2021