Lisa Surihani Selesa Bersama Suami

Hot mama kepada dua orang cahaya mata ini nampaknya semakin cantik dan berseri-seri ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa bertempat di Majestic Hotel baru-baru ini.

Mengakui begitu selesa bekerja bersama suami, Yusry Abd Halim menyebabkan beliau sudah lama tidak muncul untuk mana-mana filem mahupun drama. Menurut Lisa, keselesaan itu sekaligus menyebabkan beliau seakan-akan melupakan dunia lakonan selepas sahaja melahirkan puteri sulung beliau, Yahaira Leanne.

Namun, Lisa masih mengakui turut merindui dunia lakonan walaupun dalam masa yang sama sibuk mengurus syarikat suami dan mengasuh dua cahaya mata beliau termasuklah, Yusof Leonne yang berusia setahun. 

“Apabila saya dan suami bekerja, moodnya baik dan profesional. Berselisih faham itu normal. Biarpun berselisih pendapat atau bercanggah idea, kami tetap profesional dalammembuat keputusan. Kami letak ketepi ego masing-masing dalam urusan kerja. Biarpun saya masih dalam proses belajar jika dibandingkan Yusry yang sudah 26 tahun berpengalaman dalam dunia seni kreatif, saya tiada masalah bekerja dengannya dan sangat selesa.” Katanya

Tambahnya lagi, syarikat pengurusan juga turut merancang pembabitan semula lisa untuk kembali aktif dalam drama TV. 

“Saya kena tengok dulu bagaimana, saya mesti lihat skrip dan jadual penggambaran sebab anak-anak masih kecil, jadi kenalahikut jadual saya.”

Bagi Lisa, sempenan bulan ramadan ini, beliau akan memanfaatkan sebaik-baiknya masa yang ada untuk beribadat dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Salma Syahbuddin