Luah Rasa Bangga Bilal Pandai Baca Surah-Surah Pendek Pada Usia Setahun 10 Bulan, Neelofa Akui Kawal ‘Screen Time’ Anak-Anak – “Memang Penat Nak Kawal Tapi…”

Pengacara dan usahawan, Neelofa meluahkan rasa bangga apabila putera sulungnya iaitu Muhammad Bilal sudah pandai mengenal huruf, nombor serta surah-surah pendek sewaktu usia setahun 10 bulan.

Menerusi perkongsian Neelofa di Instastory miliknya, dia amat menitikberatkan kandungan ‘screen time’ yang ditonton oleh Bilal.

“As a mom, saya tak tahu nak cakap proud macam mana tah Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (arabic letters).

“Content-content memang saya akan pick and choose untuk dia tengok. At 1 year and 10 months masyaAllah dia boleh count 1 hingga 20, boleh kenal ABC small and capital letters, al-fatihah, selawat, Alif Ba Ta hingga Ya dan surah-surah pendek yang lain,” kongsinya.

Menurutnya, meskipun penat tetapi kaedah itu berbaloi apabila dapat melihat anak-anak belajar daripada kawalan tersebut.

“Point kat sini, memang penat mak ayah nak kawal semua benda, tapi bab screen time and content apa diaorang (anak-anak) tengok, saya rasa worth it untuk kawal and penat.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 1, dan Abdullah Abbas yang kini berusia lima bulan.

Maya Basir