Muat Naik Foto Lama Bersama, Hafidz Roshdi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Isteri – “Kami Berkenalan Semasa Form 3…”

Pelakon Hafidz Roshdi berkongsi detik pertemuan bersama isteri, Athira Yuhada yang sudah berkenalan sejak tahun 2009.

Menerusi hantarannya di Instagram, Hafidz dan Athira dipercayai bersekolah di tempat yang sama sejak dari tingkatan tiga.

“Kitaorang mula berkenalan pada 2009 semasa form 3. Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah 2023. 14 tahun kitaorang kenal,” ujar Hafidz dengan meninggalkan kapsyen ‘Us’ beserta hashtag #HafidzAthira.

Di dalam hantaran sama, bapa kepada dua orang anak ini turut berkongsi beberapa foto mereka berdua sewaktu remaja dahulu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ruangan komen juga telah ditutup.

Terdahulu, Hafidz memberitahu bahawa Athira merupakan cinta pertamanya dan menerima segala kekurangan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Untuk rekod, Hafidz dan Athira mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu yang berlangsung di Shah Alam.

Sebelum ini, Hafidz pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir