Fatin Husna Lega Dapat Pindah KL

Penyanyi Fatin Husna mengaku sanggup berpindah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

Fatin yang bernaung di bawah label syarikat rakaman NAR memberitahu dia kini lebih mudah menerima tawaran nyanyian tanpa perlu berulang-alik jauh.

“ Sejak Januari lalu, saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Ini kerana sebelum ini saya berulang alik dari rumah menaiki pengangkutan awam seperti kereta api untuk ke Kuala Lumpur.

“ Sekarang bila dah tinggal di KL, tak perlulah saya berulang-alik dan jimat duit tempat penginapan. Sebelum ini, saya banyak tidur di hotel jika undangan persembahan habis lewat,” kata Fatin yang kini tinggal bersama saudaranya di Klang.

Dalam pada itu, Fatin baru sahaja tampil dengan lagu raya berjudul Joget Hari Raya ciptaan Ezwan Brootwinz.

Tambah Fatin, ini merupakan lagu raya pertama nyanyiannya selepas dua tahun bergelar penyanyi.

“ Saya dikenali sebagai penyanyi yang membawakan lagu genre sedih dan jiwang. Seronok dapat pengalaman merakam lagu berentak joget. Saya harap pendengar dapat menerima baik lagu ini,” akhirinya.

SGMS Faida