Categories: HiburanSelebriti

Majlis Doa Selamat Buat Elyana Anjuran Kelab Peminat

Bagi menunjukkan sokongan dan tanda sayang terhadap Elyana yang menghidap kanser Limfoma tahap empat, kelab peminat Elyana bakal menganjurkan satu majlis doa selamat dan solat hajat buat penyanyi itu. Majlis itu akan diadakan di majlis Seksyen 15, Shah Alam pada Khamis depan.

“Saya dapat tahu mulanya ada lebih daripada satu majlis ingin dianjurkan. Selepas berbincang, ahli kelab sepakat berkumpul beramai-ramai dan menganjurkan satu majlis besar, minggu depan”

“Setakat ini, saya diberitahu peminat termasuk bukan ahli kelab mahu menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat. Insya-Allah, Elyana sudah mengesahkan akan menyertai,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebagai teman yang sudah 18 tahun mengenali Elyana, Zuhairry berkata, selepas pengumuman dibuat Elyana tempoh hari, beliau kelihatan lega seperti bebanan yang ditanggung selama ini hilang. Malah Elyana juga tidak mahu perkara ini berpanjangan, enggan dikatakan minta simpati

SGMS Enal