Makhluk Penggoda Bukti Sajat Boleh Menyanyi?

Sajat bukan lagi nama asing dalam dunia hiburan terutamanya melalui platform media sosial. Sebut saja pasal Sajat, pasti semua netizen kenal dengan sosok gebu dan tinggi lampai ini. Walaupun dikecam hebat kerana perwatakan dan suaranya yang dikatakan sebagai perosak lagu duet beliau bersama Dato Aliff Syukri, namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus melangkah kehadapan.

Usahawan ternama dan juga fesyen ikon ini, kini tampil dengan single terbaru beliau berjudul Makhluk Penggoda. Single pertama Sajat ini adalah hasil sentuhan komposer, Aepul Roza dan lirik lagu tersebut adalah hasil tulisan Aepul Roza dan Iman Imran. Lagu yang agak catchy dan lirik yang simple ini membuktikan Sajat sebenarnya bukanlah perosak lagu seperti yang dilabel oleh netizen sebelumi ni.

Bagi Sajat, dengan terbitnya single Makhluk Penggoda ini mampu meletakkan beliau dalam industri muzik tanah air. Dan berharap, agar single pertamanya ini juga, mendapat tempat dihati peminat-peminat beliau. 

Berita baik buat semua peminat Sajat, bermula 1 hingga 15 April 2018 peraduan khas di www.xtra.com.my iaitu jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat akan dijalankan. Dan, kepada semua peminat beliau yang ingin menyertai sesi berbuka puasa ini, bolehlah daftar sebagai tonton VIP dan jawab soalan-soalan mudah berkenaan Sajat berdasarkan siri vlog yang boleh ditonton di www.tonton.com.my

Jangan Ketinggalan!

 

 



Salma Syahbuddin