Makin Menjadi-Jadi… Neelofa & PU Riz Buat Peminat Geli Hati – “Badan Ringan Sampai Boleh Terbang”

Pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi menghiburkan hati peminat selepas melihat telatah mereka mempromosikan air minuman terbaharu keluaran mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa telah memuat naik video gelagat mereka mengikuti trend di TikTok sambil mempromosikan minuman detox tersebut.

“Say YES kalau minum Drintox insya-Allah dapat bantu melawaskan, kempiskan perut, buang angin dan badan rasa ringan?

“p/s : badan ringan sampai boleh terbang kadang-kadang,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat pasangan itu dan memuji segala elemen komedi yang diselitkan dalam setiap perkongsian mereka kini.

Fatin Nurain