Manisnya! Talita Berhijab Selepas Akil Baligh, Netizen Puji: “Semoga Kekal Istiqamah”

Penampilan anak pelawak Shuib, Dzakira Talita Zahra yang mengenakan tudung ketika menghadiri acara pesta jualan raya mula meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Shuib, Watie Hanifiah telah memuat naik foto keluarga mereka di acara tersebut.

Lebih mencuri perhatian, Talita kelihatan sangat manis dan ayu mengenakan tudung berwarna merah hati.

”All the best daddy for Starvendor,” tulisnya.

Kagum melihat penampilan terkini Talita, rata-rata netizen memuji dan mendoakan agar puteri kesayangan Shuib itu istiqamah dalam menjaga pemakaiannya.

Terdahulu, Shuib telah berkongsi rasa sebab selepas anak perempuannya itu telah akil baligh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Talita Akil Baligh, Shuib Terima Pelbagai Respons… Ada Yang Sokong, Sesetengah Kritik ‘Terpaling Content’…

Fatin Nurain