Masih Jadi Mangsa Sihir, Rita Rudaini Serik Hadap Jenis Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’ – “Cukuplah, Biar Saya Berkawan Baik Dengan Anak-Anak”

Pelakon sensasi, Rita Rudaini mengakui kini lebih memilih dan berhati-hati dalam berkawan kerana bimbang sekiranya tragedi masa lalu berulang kembali.

Menurut aktres filem popular Mami Jarum ini, Rita lebih rela bersendiiran dan banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

Jelas Rita, dia gemar berkawan dengan individu yang boleh menerima teguran dan tidak cepat ‘sentap’.

“Sejujurnya saya sekarang dah kecilkan circle. Biarlah saya berkawan dengan anak-anak. Kalau orang nak kata saya tak berkawan dengan orang, tak apa itu adalah saya.

“Saya dah pernah berkawan, bila berkawan ni kena macam ni macam tu. Benda tu menyakitkan tau. Jadi lebih baik saya sendiri, jaga anak-anak.. Buat apa-apa untuk kerja saya.

“Saya suka berkawan, bercakap dengan orang yang boleh terima kalau kena tegur. Saya pun boleh terima ditegur orang. Saya tak suka orang yang dia sentap bila tegur.

“Saya ok untuk berkawan cuma serik untuk ada kawan baik tu, sudah-sudah la.. Saya tak beranilah. Pengalaman lalu tu pahit.

“Bila kawan tu baik dengan kita tapi. boleh tukar jadi musuh yang paling dasyat.. Banyak saya dah belajar daripada selama ini saya berkawan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Rita juga sempat menitipkan pesanan kepada sahabat baik dulunya yang kini hubungan mereka sudah renggang.

Rita berkata mustahil untuk mereka berkawan baik semula selepas apa yang berlaku.

“Untuk berkawan balik tu tak, cukuplah. Saya doakan dia baik-baik saja. Saya hormat kehidupan dia,” ujarnya lagi dalam temubual bersama Melodi TV3.

Berkongsi mengenai perkembangan menjadi mangsa sihir, Rita berkata perbuatan terkutuk itu masih berlaku dalam dirinya namun memilih untuk tidak mengendahkan gangguan tersebut.

“Memang benda (dibuat orang) tu masih ada, saya tak nak fikir.. hari-hari saya akan amalkan zikir, sebelum keluar rumah, balik rumah.

“Orang nak buat (sihir) saya ke, lantaklah saya tak boleh tahan orang nak dengki dengan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Rita dalam program Melodi TV3 juga ada mendedahkan secara terperinci mengenai gangguan tersebut.

Artikel Berkaitan: “Lepas Tanggungjawab, Campak Anak, Lebih Percaya Orang Lain Urus Anak…” – Kongsi Ciri-Ciri ‘Parents’ Rosak, Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir Angkara Dengki? – “Selagi Saya Hidup, Selagi Itu Dia Tak Tenang”

Aqilah Paharuzi