Individu Minta Langsaikan Hutang Bakal ‘Abang Ipar’ Sebanyak RM12,000, Ini Respons Sufian Suhaimi – “Dah Kenapa?”

Penyanyi Sufian Suhaimi tampil memberikan respon terhadap seorang individu yang menuntut hutang abang kepada tunangnya, Rania yang berjumlah RM12,000.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sufian menerusi sebuah ciapan semula di aplikasi X, semalam.

Menurut Sufian, tunangnya tidak mempunyai abang seperti yang didakwa oleh individu terbabit.

“Dia tak ada abang,” katanya.

Pelik dengan tindakan individu terbabit, Sufian turut mempersoalkan semula motifnya meminta hutang ‘abang’ dari adik ipar.

“Kalau ada pun, kau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?” soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam semula individu terbabit yang sengaja mereka cerita demi meraih perhatian.

Terdahulu, Sufian dikhabarkan telah merisik kekasih hatinya, Rania dalam sebuah majlis tertutup, baru-baru ini.

Susulan perkara itu, Sufian turut menyatakan dirinya sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya dan berancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini atau Januari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Merisik Tular Bukan Gimik, Sufian Suhaimi Akui Dah Bersedia Nak Tamatkan Zaman Bujang – “Saya & Rania Rancang Kahwin Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sama Cantik, Sama Padan! Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik ‘Sayang’? 

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Kekasih Tidak Berhijab Dikaitkan Dengan Perniagaan Bantal Zikir, Ini Respons Sufian Suhaimi

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Sambut Birthday Yang Ke-31 Tahun, Penampilan Kekasih Sufian Suhaimi Mula Dikecam

 

Fatin Nurain