Tepis Dakwaan Tak Jujur, Fizi Ali Kota Janji Bawa Anak Ke Waterpark! Foto Ameena & Kakak Tiri Tidur Pegang Tangan Buat Ramai Sebak

Penyampai radio Hot Fm, Fizi Ali akhirnya menunjukkan bukti mengotakan janji kepada anaknya, Ameena Sofia ke taman tema air selepas dikatakan tidak jujur memberi alasan lain untuk mengambil anak dari bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Tenang membidas tuduhan Shakillah itu, Fizi memuat naik foto berada di taman tema air bersama isterinya, Siti Zulaikha dan anak tiri.

“Hari ini daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark. Dari pagi sampai ke malam jalan.

“Penat mereka duduk main-main. Tidurlah sayang,” tulisnya di kapsyen.

Dalam foto berkenaan, anaknya Ameena dan kakak tirinya sedang tidur sambil berpegangan tangan dengan erat.

Sementara itu, Fizi juga memohon maaf kepada anak-anaknya itu sekiranya ada kekurangan sepanjang penjagaan membesarkan mereka.

“Awak berdua tidak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada Fizi dan meluahkan rasa terharu apabila melihat hubungan Ameena dan kakak tirinya begitu rapat.

Terdahulu, Shakilla mengakui terkejut setelah mendapat tahu tentang berita perkahwinan bekas suaminya itu, malah ketika berjumpa Fizi dia langsung tidak memaklumkan tentang perkara berkenaan.

Shakilla berkata Fizi hanya datang berjumpanya memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air dan bukan ke majlis pernikahan.

Selain itu, Shakilla juga meluahkan rasa berang apabila melihat anak tiri Fizi itu ‘menekup’ mulut Ameena dalam sebuah foto perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Terpalit Kontroversi Sondol Suami Orang, Fizi Ali Akui Tak Berkawan Dengan Shakilla Khoriri – ‘Suka Hati Dia Nak Buat Apa”

Artikel Berkaitan: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Fizi menamatkan zaman duda bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga apda 18 Februari 2018 namun perkahwinan mereka terlerai pada Disember 2021.

Aqilah Paharuzi