Masih Laku Di Usia 51, Eizlan Yusof Terkejut Dapat Tawaran Lumayan

Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, terkejut apabila ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi baru-baru ini.

Menurut Eizlan, dia tidak boleh mengulas mengenai tawaran dari syarikat tersebut yang bakal membuka 300 cawangan di seluruh negara tahun ini.

“Segala-galanya masih dalam perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut. Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti,” katanya.

Eizlan turut tidak menyangka pada usia sekarang dirinya masih menerima pelbagai tawaran dan sentiasa bersyukur apa rezeki yang diterimanya.

“Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.

“Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain