Masih Terima Kecaman Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik – “Jika Nak Salahkan Saya, Silakan…”

Pelakon Alya Iman masih menerima kritikan dan kecaman netizen berhubung penampilan terkininya yang tidak lagi berhijab.

Memetik laporan Gempak, meskipun komen-komen tidak seteruk dulu namun dia akui terkesan dan terguris hati.

“Tipulah tak rasa tertekan, tapi bagi saya kita tak boleh nak control apa orang nak cakap. Nak tak nak saya yang pilih jadi pelakon dan selebriti, itulah yang saya kena hadapi.

“Jadi saya terima sahaja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa sahaja yang orang cakap tentang baik buruk saya, saya terima.

“Sehingga kini pun masih ada lagi komen-komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan saya buat sekarang ini,” ujarnya.

Sementara itu, anak kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha ini memohon untuk tidak mengaitkan nama arwah bapanya dengan penampilannya lagi.

“Saya ada balas satu komen, pada saya jika orang nak bercakap tentang arwah, korang pun tahu tanggungjawab arwah dekat dunia ini sudah selamat.

“Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya.

“Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakap pun dia sudah tiada dalam dunia ini.

“Jika anda nak salahkan saya silakan.. Saya terima semua benda dengan hati terbuka. Sebenarnya saya tak kisah orang cakap buruk tentang saya tapi bila nak libatkan arwah babah, itu membuatkan saya rasa agak sedih,” jelasnya.

Terdahulu, Alya membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas berbincang dengan keluarga kerana tidak mahu bersikap hipokrit dalam media sosial.

Maya Basir