Categories: Trending

Eratkan Komuniti Pemain Game, #KitaSamaLevel Promosikan Inklusiviti Dalam E-Sukan

REV Media Group (RMG) menerusi saluran gaming MyGameOn (MGO) dengan bangganya mempersembahkan inisiatif #KitaSamaLevel, yang bertujuan mengeratkan komuniti pemain game secara inklusif dan bersama-sama.

Kempen ini ditujukan kepada semua pemain, termasuk penggemar permainan tabletop dan cosplay. MGO ingin mencipta komuniti yang inklusif dalam dunia gaming menerusi platform sosial gaming iaitu Discord.

Setiap minggu MGO akan memperkenalkan komuniti-komuniti kegemaran anda. MGO akan berkongsi berita, strategi, dan pelbagai maklumat menarik tentang permainan video ini. Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk mendapatkan perkongsian ini.

Selain itu, kempen ini turut bertujuan untuk merancakkan lagi arena permainan video dan e-sukan di tanah air kita. MGO komited mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk mengadakan perjumpaan di kafe gaming, memperkenalkan komuniti baru kepada anda, menganjurkan kejohanan peringkat komuniti, dan memberikan peluang kepada anda mempelajari kemahiran baru untuk terlibat dalam industri gaming dan e-sukan!

Kalau tak mahu terlepas kandungan menarik dalam kempen #KitaSamaLevel, pastikan anda mengikuti kesemua media sosial MyGameOn. Ikuti MGO di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk mendapatkan kemaskini terkini dan maklumat terperinci tentang aktiviti dan acara yang berkaitan dengan kempen ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai kempen #KitaSamaLevel, sila layari laman web komuniti.mygameon.my.

Bagi mereka yang berminat untuk berkolaborasi dengan MGO dalam kempen Kita Sama Level, sila hantar maklumat ke news@mygameon.my.

Sertailah MGO dalam perjalanan yang luar biasa ini untuk mengeratkan komuniti pemain game! Mari kita sama-sama merancakkan dunia e-sukan dan memajukan dunia gaming!

Padin